Pelanggan cari dulu, baru beli
Ramai pelanggan menyemak bisnes di Google sebelum membuat keputusan. Tanpa website, mereka mungkin pilih pesaing yang lebih mudah dijumpai.
Nampak lebih dipercayai
Website dengan domain sendiri menunjukkan bisnes anda serius dan wujud, bukan sekadar akaun media sosial.
Mudah dijumpai di Google
Disambungkan dengan Google Business Profile supaya bisnes anda muncul di Carian dan Maps.
Terima pertanyaan 24 jam
Butang WhatsApp dan borang pertanyaan membawa pelanggan terus kepada anda, walaupun di luar waktu kerja.
Pilih pakej yang sesuai
Bayar Sekali termasuk domain .com, hosting dan SSL untuk tahun pertama. Langganan termasuk hosting dan SSL, bermula di subdomain percuma. Tiada caj tersembunyi.
Pakej Mula
- Sehingga 3 halaman
- Templat ikut jenis bisnes
- Teks ditulis oleh kami (BM)
- Galeri sehingga 6 gambar
- Butang WhatsApp + peta Google
- Domain .com + hosting + SSL 1 tahun
- 1 pusingan semakan
- Siap dalam 3 hari bekerja
Promo untuk 20 klien pertama sehingga 31 Okt 2026. Syarat: testimoni + izin portfolio. Renew RM299/tahun.
Pakej Niaga
- Sehingga 5 halaman
- Semua dalam Pakej Mula, ditambah:
- Persediaan Google Business Profile
- Borang pertanyaan ke WhatsApp/e-mel
- Galeri sehingga 15 gambar
- SEO asas + Google Analytics
- 2 pusingan semakan
- Siap dalam 5 hari bekerja
Pakej Pro
- Sehingga 8 halaman
- Semua dalam Pakej Niaga, ditambah:
- Katalog / menu sehingga 20 item dengan butang tempah WhatsApp
- Dwibahasa BM + English
- Bahagian testimoni + soalan lazim
- 1 akaun e-mel bisnes (nama@bisnesanda.com)
- Siap dalam 7 hari bekerja
Harga sekali bayar. Tempoh siap bermula selepas bayaran dan semua bahan (logo, gambar, maklumat) diterima.
๐ Tempah & bayar terus secara online melalui FPX (ToyyibPay) atau pindahan bank. Masih ada soalan? WhatsApp kami dahulu.
Apa yang anda dapat
| Ciri | Mula | Niaga | Pro |
|---|---|---|---|
| Bilangan halaman | Sehingga 3 | Sehingga 5 | Sehingga 8 |
| Domain .com + hosting + SSL (tahun 1) | โ | โ | โ |
| Teks ditulis oleh kami | BM | BM | BM + English |
| Butang WhatsApp + peta | โ | โ | โ |
| Galeri gambar | 6 | 15 | 15 |
| Google Business Profile | โ | โ | โ |
| Borang pertanyaan | โ | โ | โ |
| SEO asas + Google Analytics | โ | โ | โ |
| Katalog / menu (20 item) | โ | โ | โ |
| E-mel bisnes | โ | โ | 1 akaun |
| Pusingan semakan | 1 | 2 | 2 |
| Tempoh siap | 3 hari | 5 hari | 7 hari |
| Bayar sekali | RM799 | RM999 | |
| Langganan (min. 12 bulan) | RM59/bln | RM89/bln | RM119/bln |
| Domain .com dari hari pertama (langganan) | +RM99 setup | +RM99 setup | +RM99 setup |
*Harga promo pelancaran untuk 20 klien pertama sehingga 31 Okt 2026.
Tambah bila perlu
Halaman tambahan
Setiap halaman
Reka logo ringkas
2 konsep, 1 pusingan semakan
Google Business Profile
Untuk Pakej Mula
E-mel bisnes
Setiap akaun, setahun
Versi English
Untuk Pakej Mula / Niaga
Kemas kini segera
Luar pakej, setiap permintaan
Kami jaga, baiki & pindahkan
Website terbiar, rosak atau perlahan? Kami juga menjaga website yang dibina oleh pihak lain.
Jaga Website
- Backup mingguan
- Kemas kini plugin, tema & keselamatan
- Pemantauan website 24 jam
- 1 kemas kini kecil sebulan
- Laporan ringkas bulanan
Hosting & E-mel
- Hosting laju dengan SSL
- Backup automatik
- Sokongan melalui WhatsApp
- Pemindahan percuma untuk website sedia ada
Baiki & Pindah
- Baiki ralat / website tidak boleh dibuka: dari RM250
- Pulihkan website kena hack: dari RM700
- Pindah hosting / migrasi website: dari RM150 (percuma jika guna hosting kami)
Google Business Profile
- Daftar & sahkan profil baharu: RM199
- Optimumkan profil sedia ada: RM299 (kategori, servis, gambar, deskripsi, 4 post pertama)
Pelanggan Jaga Website mendapat diskaun 20% untuk kerja baiki dan pemulihan.
Akaun anda kekal selamat, dari hari pertama
Kami tidak masuk ke mana-mana akaun anda sebelum anda bersetuju secara bertulis.
Semakan percuma
Kami semak website anda dari luar sahaja, tanpa minta kata laluan.
Tanpa log masukSetuju & bayar
Anda bersetuju dengan Terma & Kebenaran Akses semasa checkout, kemudian bayar.
Bukti persetujuan direkodBeri akses dengan selamat
Jemput Rivertron sebagai pengguna berasingan, atau hantar melalui link sekali guna. Bukan melalui WhatsApp.
Disimpan dalam vault bersulitBackup & laporan awal
Backup penuh dibuat sebelum apa-apa perubahan, kemudian anda terima laporan keadaan asal website.
Kemudian jaga setiap bulanWebsite sebenar yang sedang live
Dibina oleh Rivertron. Klik untuk lihat sendiri.

RA Services & Construction
Website korporat 6 halaman untuk syarikat kejuruteraan M&E dan penyelenggaraan bangunan, dengan slider foto dan senarai projek.
Lawati rascgroup.com โ
Mulya Academy
Website pendidikan STEM & AI dengan borang pendaftaran dalam talian yang terus masuk ke sistem pengurusan pusat.
Lawati mulyaacademy.com โ
Betha Engineering
Website perunding kejuruteraan dan keselamatan sinaran, dengan pembantu “Ask Betha AI” yang membimbing pelanggan ke pasukan yang betul.
Lawati bethaengineering.com โ
ASD Group
Website korporat 7 halaman untuk kontraktor meter pintar TNB, solar dan BESS, dengan halaman projek, berita dan borang Daftar Meter TNB.
Lawati asdgroup.com.my โ
ASD Green
Website jualan solar untuk rumah dan perniagaan, dengan kalkulator penjimatan, borang sebut harga, kedai kit solar dan chatbot.
Lawati asdgreen.com.my โEmpat langkah, tanpa pening
WhatsApp & pilih pakej
Ceritakan bisnes anda. Kami cadangkan pakej yang sesuai.
Hari 0Isi borang ringkas
Hantar logo, gambar dan maklumat asas. Kami tulis semua teks.
Hari 1Semak draf
Lihat draf website dan beritahu apa yang perlu diubah.
Hari 2โ5Website live!
Website dilancarkan di domain anda dan sedia dikongsi.
Hari 3โ7Direka khas untuk bisnes seperti anda
Soalan yang selalu ditanya
Saya tak pandai menulis. Siapa sediakan teks website?
Kami. Anda hanya isi borang ringkas tentang bisnes anda, dan kami tulis teks yang kemas dan sesuai untuk pelanggan.
Domain didaftarkan atas nama siapa?
Atas nama anda. Domain ialah aset bisnes anda, dan anda boleh memindahkannya pada bila-bila masa.
Apa yang berlaku selepas tahun pertama?
Anda bayar pembaharuan tahunan untuk domain, hosting dan SSL (RM299โ499 ikut pakej). Kemas kini kecil termasuk dalam pembaharuan Pakej Niaga dan Pro.
Apa beza Bayar Sekali dengan Langganan?
Bayar Sekali: bayar penuh di awal, kemudian pembaharuan tahunan. Langganan: tiada yuran setup, bayar bulan pertama untuk mula, kemudian bayar bulanan secara online (invois dihantar setiap bulan melalui e-mel dan WhatsApp) dengan kontrak minimum 12 bulan, dan 1 kemas kini kecil setiap bulan. Website langganan bermula di subdomain percuma dan dinaik taraf ke domain .com anda selepas 3 bulan, atau terus dengan .com jika anda bayar yuran setup RM99.
Boleh saya ubah kandungan selepas website siap?
Boleh. Kemas kini kecil (tukar gambar, harga, waktu operasi) termasuk dalam pakej pembaharuan atau langganan. Permintaan di luar pakej dicaj RM50 setiap satu.
Syarikat saya perlukan website untuk profil tender. Pakej mana sesuai?
Pakej Niaga atau Pro. Kedua-duanya boleh memaparkan profil syarikat, nombor pendaftaran, senarai projek dan sijil, dengan domain dan e-mel atas nama syarikat (e-mel bisnes termasuk dalam Pro). Semak sendiri keperluan tender yang anda sertai.
Apa itu subdomain, dan kenapa langganan bermula dengannya?
Subdomain ialah alamat seperti namabisnes.rivertron.my. Website anda berfungsi sepenuhnya dari hari pertama. Selepas 3 bulan langganan, kami daftarkan domain .com atas nama anda dan pindahkan website ke sana tanpa caj. Jika anda mahukan .com dari awal, pilih yuran setup RM99.
Website saya dibina oleh syarikat lain. Boleh anda jaga?
Boleh, untuk kebanyakan website WordPress. Kami buat semakan awal percuma dahulu untuk pastikan kami boleh akses dan menjaganya, kemudian anda pilih Jaga Website atau kerja baiki sekali sahaja.
Adakah website saya pasti di halaman pertama Google?
Tiada sesiapa boleh menjamin kedudukan di Google. Kami sediakan SEO asas dan Google Business Profile supaya bisnes anda lebih mudah dijumpai, terutamanya untuk carian setempat.
Boleh tambah sistem tempahan atau chatbot AI kemudian?
Boleh. Website anda boleh dinaik taraf pada bila-bila masa, contohnya sistem tempahan, katalog lebih besar atau chatbot WhatsApp AI. Hubungi kami untuk sebut harga.
Jelas dari awal
- Pakej Mula: bayaran penuh sebelum kerja bermula. Pakej Niaga dan Pro: deposit 50%, baki 50% sebelum website dilancarkan.
- Tempoh siap bermula selepas bayaran dan semua bahan diterima.
- Jika bahan tidak diterima dalam masa 14 hari, kami akan melancarkan website dengan kandungan sedia ada.
- Pusingan semakan seperti dinyatakan dalam pakej. Perubahan besar selepas itu disebut harga berasingan.
- Pembaharuan tahunan perlu dijelaskan sebelum tarikh luput domain supaya website tidak terganggu.
- Langganan: kontrak minimum 12 bulan. Invois dihantar setiap bulan melalui e-mel dan WhatsApp, dan dibayar secara online (FPX) atau pindahan bank.
- Langganan: jika bayaran tertunggak lebih 14 hari, website akan digantung sementara dan diaktifkan semula sebaik bayaran dijelaskan.
- Langganan: domain kekal milik anda. Jika langganan dibatalkan sebelum tamat kontrak, fail website boleh diserahkan selepas baki yuran bulan kontrak dijelaskan.
- Kerja baiki dan pemulihan: sebut harga diberi selepas semakan awal, sebelum kerja bermula.
- Promo Pelancaran: Pakej Mula RM399 untuk 20 klien pertama yang membuat bayaran penuh, sehingga 31 Oktober 2026 atau sehingga slot penuh, mana yang lebih awal. Klien bersetuju memberi testimoni dan membenarkan website dipaparkan dalam portfolio Rivertron. Pembaharuan tahun kedua pada harga biasa RM299/tahun. Tidak boleh digabung dengan tawaran lain.
Sedia untuk online minggu ini?
WhatsApp kami. Kami cadangkan pakej yang sesuai dalam masa 10 minit.
๐ฌ WhatsApp 011-4307 2026